17 Disember 2022, 17:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Tuanku Raja Muda Perlis bersama-sama barisan pengurusan jawatankuasa pelaksana projek pembangunan Pusat Autisme. 

Kuala Lumpur –  Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis melalui Pembangunan Pusat Pendidikan dan Latihan Autism (A-Heart) YTSP Perlis mengadakan hubungan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menubuhkan sebuah Pusat Autisme di bangunan Sekolah Kebangsaan Panggau di Perlis.

Menurut Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Mesyuarat Lembaga YTSP Perlis yang bersidang pada penghujung bulan Oktober lalu di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur telah membuat keputusan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membantu menyediakan kemudahan dan peralatan pembelajaran autisme tambahan yang kekal dan utama untuk projek tersebut kelak.

Mesyuarat Lembaga YTSP Perlis.

Lembaga memutuskan untuk mengekal A-Heart YTSP bersama-sama dengan Majlis Agama Islam aan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Universiti MalaysianPerlis (UniMAP) yang dipengerusikan oleh Datuk Profesor Emeritus Dr. Kamarudin Hussin.

Demikianlah titah Tuanku Raja Muda merangkap Pengerusi YTSP Perlis selepas berkenan berangkat bersama-sama dengan Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khali yang mengadakan lawatan kerja ke Pusat Genius Kurnia KKM di Sentul Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, baginda turut memaklumkan bahawa pihak lembaga melantik Dato’ Johari Mohd Darus, Setiausaha Kehormat YTSP Perlis dan Datuk Profesor Emeritus Dr. Kamarudin Hussin Ahli Lembaga Yayasan bagi mewakili Yayasan Tuanku Syed Putra dalam Jawatankuasa Pelaksana projek pembangunan Pusat Autisme yang akan ditubuhkan oleh KPM kelak.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.