19 Disember 2022, 10:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Doha – “Kerjasama strategik antara Qatar dengan dapat memastikan keselamatan makanan di rantau ini selain membawa pelaburan, kepakaran dan pembangunan teknologi.”

Titah Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail amat berharap agar kerjasama strategik antara Baladna Dairy Facility yang berpangkalan di Qatar dengan syarikat tempatan Malaysia dapat dilaksanakan dengan baik, rentetan daripada projek tenusu berskala besar di Lembah Chuping, Perlis.

Menurut baginda, sekiranya projek ini dapat direalisasikan dengan jayanya, Malaysia secara tidak langsungnya dapat meningkatkan pengeluaran susu segar negara, malah dapat mengurangkan pergantungan Malaysia terhadap import tenusu.

Demikianlah titah baginda selepas berkenan menerima taklimat khas yang dipersembahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Bebas syarikat Baladna Dairy Facility, Aidan Tynan yang diadakan di Hotel Hilton West Bay Doha, Qatar pada semalam.

Pada khamis yang lalu, Tuanku Raja Muda mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat melawat ladang Baladna Food Industries yang merupakan satu daripada syarikat pengeluar produk tenusu terbesar di rantau Asia Barat yang berkeluasan 2.6 juta meter persegi dan mempunyai 24 000 ekor lembu tenusu dalam persekitaran yang selesa dan berhawa dingin.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.