27 Disember 2022, 14:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – “Setiap pelaksanaan projek perlulah berjalan lancar dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, tidak kira projek tersebut berskala kecil atau besar sama ada milik kerajaan, swasta atau individu di Perlis ini.”

Menurut Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menerusi siaran media Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), setiap perancangan dan pelaksanaan projek tidak wajar dilengah-lengahkan. Sekiranya berlaku sebarang isu, masalah tersebutlah perlu ditangani dengan cekap melalui pemantauan dan membuat laporan secara berkala kepada pihak yang sewajarnya, terutamanya kepada pemegang taruh inisiatif tersebut.

Sementara itu, Tuanku Raja Muda turut berharap agar sektor swasta terlibat sama secara aktif dalam pembangunan negeri ini bagi mengenal pasti dan meneroka bidang kerjasama baharu yang berimpak tinggi kepada masyarakat.

Demikianlah titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berangkat menyampaikan sumbangan sempena program kayuhan MAIPs Peduli kepada golongan asnaf, baru-baru ini.

Baginda berkenan menyantuni dan menyampaikan agihan zakat bernilai RM700 kepada Samsudin Abdul Rahman, 67 tahun dari Kampung Padang Besar Selatan; Abdul Dali, 68 tahun dari Kampung Kuala dan Daud Bahari, 72 tahun dari Kampung Kuala di rumah masing-masing.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.