28 Disember 2022, 16:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar rakyat sentiasa saling menghormati antara satu sama lain di tempat kerja.

Kunci kejayaan adalah membina hubungan kerjasama yang baik. Apabila idea dan pandangan warga kerja setempat didengari dan diambil kira, suasana yang harmoni akan terhasil.”

“Pada masa yang sama, penghargaan sewajarnya turut diberikan kepada rakan sekerja yang bertungkus-lumus membantu dalam menyelesaikan apa-apa jua pekerjaan. Ketidakpuasan hati warga kerja akan sekali gus mengurangkan kesetiaan pekerja terhadap organisasi yang bakal memberikan kesan terhadap kesatuan tempat kerja.

Serahan bantuan zakat daripada DYTM Tuanku Raja Muda Perlis.

Demikianlah titah Tuanku Raja Muda menerusi hebahan media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menyantuni dan menyerahkan agihan zakat MAIPs kepada Bunga Hamid, 71 tahun yang tinggal di Jalan Padang Melangit bersama keluarganya, baru-baru ini. Beliau merupakan seorang penerima Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs dan juga Bantuan Baik Pulih Rumah MAIPs.

Sementara itu, Tuanku Raja Muda turut menyarankan agar proses perancangan organisasi yang dilakukan pada setiap peringkat bagi mewujudkan peri pentingnya mereka dalam sesebuah organisasi.

Tegas baginda,

Setiap organisasi perlu mengamalkan hak sama rata antara kakitangan. Jangan sesekali membezakan mereka. Ketidakadilan yang melampau akan memberikan kesan langsung kepada produktiviti pekerja, sekali gus mewujudkan kebencian dan juga perpecahan dalam kalangan warga organisasi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.