2 Januari 2023, 11:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius isu yang dilaporkan oleh pihak media, berkaitan dengan insiden yang melibatkan jurulatih dan pemain bola tampar semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor, pada 14 hingga 16 Disember 2022 yang lalu.

Tangkap layar insiden pemain ditampar oleh jurulatih dalam Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor, pada Disember lalu.

Dalam satu kenyataan, KPM menyatakan bahawa KPM merujuk insiden yang tular di media sosial bertarikh 1 Januari 2023 berkaitan dengan klip video yang melibatkan jurulatih Pasukan Melaka Bawah 14 Tahun (Wanita) yang didapati menampar dua orang pemain wanita pasukan tersebut. Sehubungan dengan itu, satu sesi perjumpaan dengan ibu bapa murid yang terlibat akan dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan laporan tersebut.

KPM juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada laporan polis dibuat mengenai insiden tersebut.

“Pada masa yang sama, KPM akan meneruskan siasatan bagi tujuan tatatertib. Jika didapati bersalah, tindakan sewajarnya akan diambil,” jelas KPM.

KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.