17 Januari 2023, 20:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada laporan kecurian yang melibatkan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah lebih RM100 000 00. KPM memandang serius terhadap kejadian ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu siasatan kes yang sedang dijalankan.

Pada masa yang sama, KPM juga sedang menyemak insiden ini dari segi prosedur dan tatacara pengeluaran wang oleh pihak sekolah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. KPM melalui Surat Pindaan ke Atas Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan, bertarikh 29 Disember 2022 telah memberikan peringatan kepada semua pengurus sekolah berkaitan dengan aspek pematuhan kepada Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah yang sedang berkuat kuasa.

Garis Panduan BAP ini juga telah menetapkan tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah untuk jumlah melebihi RM10 000 dan mestilah berada dalam keadaan selamat dengan perkhidmatan polis pengiring. KPM turut menjelaskan bahawa kementerian tersebut tidak akan sesekali berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan pengurusan sekolah khususnya dalam perkara yang melibatkan prosedur dan tatacara kewangan. KPM turut mengingatkan bahawa tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati cuai atau tidak akur kepada arahan yang telah ditetapkan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.