16 Mac 2023, 15:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah melancarkan aplikasi MyJPJ pada Februari lalu bagi memudahkan pengguna kenderaan untuk memperbaharui lesen memandu, insurans dan cukai jalan.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, kaedah pendigitalan ini adalah lebih mudah berbanding dengan cara fizikal, yakni hanya menggunakan telefon pintar.

“Pemandu kini tidak lagi perlu mempamerkan pelekat cukai jalan di cermin kenderaan.

“Mereka hanya perlu menggunakan telefon pintar untuk menyimpan semua maklumat tersebut,” kata beliau semasa mengadap sembah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Galeri DiRaja Arau, hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima kunjungan sembah mengadap oleh Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Datuk Zailani Hashim bersama-sama Pengarah JPJ Negeri Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah dan Timbalan Pengarah JPJ Negeri Perlis, Mahazir Abd. Majid di Galeri DiRaja Arau, hari ini.

Turut hadir sama mengiringi beliau ialah Pengarah JPJ Negeri Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah dan Timbalan Pengarah JPJ Negeri Perlis, Mahazir Abd. Majid.

Dalam majlis tersebut, Datuk Zailani mempersembah maklumkan kepada Tuanku Raja Muda mengenai perkembangan terkini dan perihal inisiatif baharu JPJ bagi peringkat ibu pejabat di Putrajaya dan juga negeri di Perlis.

Tuanku Raja Muda Perlis yang merupakan mantan Pengurus Kawasan Syarikat Malaysia Airlines di Switzerland, berkongsi pengalamannya tentang suasana dan bentuk pendaftaran serta penguatkuasaan kenderaan jalan raya yang dilaksanakan oleh negara luar, terutamanya kepatuhan rakyat dalam mematuhi undang-undang jalan raya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.