2 April 2023, 17:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Minggu Destini Siswa (MDS) merupakan program wajib bagi semua pelajar baharu yang mendaftar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis.

Sebanyak 189 pelajar baharu telah mengakhiri sesi Minggu Destini Siswa (MDS) bagi sesi Mac 2023 di UiTM Cawangan Perlis pada 20 Mac 2023 yang lalu.

MDS pada kali ini merangkumi pelbagai aktiviti yang memberikan banyak manfaat kepada pelajar, antaranya termasuklah sesi taklimat oleh pihak Pengurusan UiTM Cawangan Perlis untuk memberikan penjelasan tentang persekitaran kampus, program universiti dan peraturan yang ditekankan oleh pihak universiti.

YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi menyampaikan amanat dan menyempurnakan majlis penutupan MDS di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis.

Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi telah merasmikan Majlis Penutupan MDS Sesi Mac 2023 di Dewan Seri Semarak, UiTM Cawangan Perlis.

Beliau menyampaikan amanat dan menitipkan nasihat kepada pelajar baharu agar menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan menamatkan pelajaran dengan jayanya mengikut tempoh yang ditetapkan.

Selain itu, pelajar juga dinasihatkan untuk menjaga sikap dan adab terutamanya terhadap pensyarah bagi mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu. Beliau juga berpesan agar pelajar sentiasa menjaga imej dan nama baik universiti.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Noor, Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Fahizan Hamid dan Ketua Unit serta staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Lagu UiTM Dihatiku dinyanyikan pada penghujung majlis.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.