24 Mei 2023, 16:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sembilan buku berkaitan terjemahan dilancarkan bersempena perasmian Persidangan Antarabangsa Penterjemahan Ke-19 pada hari ini. Pelancaran buku disempurnakan oleh YBhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Buku-buku tersebut diterbitkan oleh IIUM Press, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan PTS Media Group.

Sembilan buku berkaitan terjemahan dilancarkan bersempena perasmian Persidangan Antarabangsa Penterjemahan Ke-19.

YBhg. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak dalam ucapan pelancarannya berkata dua buah buku berjudul Dilema Ahli Psikologi Islam dan Makna Anak Allah terhasil daripada projek buku terjemahan di IIUM Press. Manakala buku Penterjemahan di Malaysia adalah kumpulan kertas kerja seminar penterjemahan kebangsaan yang diadakan pada 2021.

Penerbitan buku ini juga suatu hasil seminar tersebut yang amat berharga.

Buku berjudul Mengenali Ekonomi Menerusi Kartun Jilid 1 dan buku Mengenali Ekonomi Menerusi Kartun Jilid 2 adalah buku yang dihasilkan daripada penerbitan bersama, iaitu antara IIUM Press dengan ITBM. Menurut YBhg. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, penerbitan buku ini merupakan suatu contoh perkongsian pintar yang diwujudkan antara IIUM Press dengan ITBM yang patut digalakkan.

Selain dapat menjimatkan kos penerbitan, kerjasama ini juga dapat mempercepat penerbitan buku terjemahan supaya ilmu pengetahuan segera sampai kepada pembaca yang dahagakan ilmu pengetahuan.

Dua buah buku terbitan DBP yang akan dilancarkan pula merupakan buku yang memperkatakan tentang penterjemahan, iaitu buku penterjemahan Struktur Bahasa Asing dalam Bahasa Melayu dan buku Kaedah, Teknik dan Fenomena Terjemahan Bahasa Cina – Bahasa Melayu kedua-duanya buku ini amat diperlukan oleh golongan profesional dalam bidang penterjemahan.

YBhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), menyempurnakan simbolik pelancaran buku terjemahan.

Buku terjemahan terbitan penerbit PTS Media Group, iaitu The 10 Habits of Happy Mothers dan Think and Grow Rich adalah buku berbentuk motivasi yang sangat penting dibaca oleh rakyat negara ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.