Oleh Abd Razak Osman
28 Mei 2023, 12:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sungai Petani – Sebanyak 692 graduan hadir menerima anugerah masing-masing sempena Majlis Konvokesyen Ke-14 Universiti Institut Perubahan Sains Dan Teknologi Asia (AIMST) Semeling, Kedah setelah menamatkan pelbagai bidang pengajian sesi 2022, semalam.
Tan Sri Dato’ Sri Dr. SA Vigneswaran menyampaikan anugerah kepada graduan terbaik, Nur Najmin Syahirah Shobri sempena konvokesyen itu.
      Pada majlis konvokesyen tersebut berlangsung, turut diadakan majlis pelantikan canselor AIMST terbaharu, iaitu Tan Sri Dato’ Sri Dr. SA Vigneswaran yang turut menyampaikan anugerah pada majlis konvokesyen tersebut.
     Naib Canselor Universiti AIMST, Profesor Datuk Dr. John Antony Xavier berkata, Tan Sri Dato’ Sri Dr. SA Vigneswaran adalah figura yang paling layak untuk menerajui Universiti AIMST ke arah masa depan negara.
Tambah beliau,
Diharapkan agar beliau dapat menyumbang khidmat bakti yang terbaik untuk menjadikan universiti ini sebagai sebuah institusi yang cemerlang.
Tan Sri SA Vigneswaran dilantik sebagai canselor bagi menggantikan mendiang Tun S.Samy Vellu yang telah menubuhkan Universiti AIMST ini.
    Sehubungan dengan itu, beliau berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang telah memperuntukkan geran tahunan sebanyak RM25 juta kepada Universiti AIMST bagi membantu penawaran biasiswa agar lebih ramai pelajar yang layak belajar di situ.
    Pada konvokesyen kali ini, sebanyak 147 graduan daripada bidang perubatan; 72 graduan daripada bidang pergigian; 85 graduan daripada bidang farmasi; 49 graduan daripada bidang sains gunaan; 241 graduan daripada bidang profesion kesihatan bersekutu; 15 bidang kejuruteraan dan 83 graduan dalam bidang pengurusan dan perniagaan.
Foo JIa Yee.

Pada majlis yang sama, pemberian pingat emas universiti bagi tahun 2022 telah dianugerahkan kepada, Foo Jia Yee daripada Fakulti Pergigian setelah menamatkan program Sarjana Muda Pembedahan Pergigian yang menyertai program Fakulti Pergigian pada September 2017.

    Seterusnya, pelajar terbaik Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan, Nur Najmin Syahirah Shobri yang bakal menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran pula berkata bahawa tidak begitu mudah untuk menjadi graduan terbaik apabila belajar di pusat pengajian yang terdiri daripada pelbagai kaum ini.
Kongsi beliau,
Kejayaan hanya boleh dicapai dengan mudah sahaja jika seseorang itu ada minat untuk terus belajar.
    AIMST juga turut mengiktiraf beberapa pelajar cemerlang dengan diberikan anugerah khas atas pencapaian cemerlang mereka seperti Khaw Shui Ying (Anugerah Pelajar Terbaik Perubatan 2022); Foo Jia Yee (Anugerah Pelajar Terbaik Pembedahan Pergigian 2022); Lim Ee Xin (Anugerah Pelajar Terbaik Teknologi Pergigian 2022); Lim Sue Chie (Anugerah Pelajar Cemerlang Fakulti Farmasi 2022); Foo Xin Yee (Anugerah Pelajar Cemerlang Fakulti Sains Gunaan 2022); Chai Jia Jie (Anugerah Pelajar Cemerlang Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Komputer 2022); Lim Jia Wen (Anugerah Pelajar Cemerlang Fakulti Profesion Kesihatan 2022) dan Tan Jun Wen (Anugerah Pelajar Cemerlang Fakulti Perniagaan dan Pengurusan 2022).
Universiti AIMST ditubuhkan pada tahun 2001 yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dengan menawarkan 40 program yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melalui Pusat Pengajian Am dan Asasi; Fakulti Perubatan; Fakulti Pergigian; Fakulti Farmasi; Fakulti Sains Gunaan; Fakulti Perniagaan dan Pengurusan; Fakulti Profesion Kesihatan Bersekutu dan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Komputer.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.