8 Jun 2023, 18:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Universiti Teknologi Petronas (UTP) dinobat sebagai johan Pertandingan Debat Antirasuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Piala Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tahun 2023 dengan mengalahkan pasukan debat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada pertandingan akhir yang berlangsung di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sejumlah 40 pasukan pendebat yang terdiri daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Institut Pendidikan Guru, Institusi Pendidikan MARA, Politeknik dan Kolej Komuniti dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang dianjurkan oleh SPRM dengan kerjasama Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), UMS, Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) dan Farm Fresh Sdn. Bhd.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Azam Baki dalam ucapan perasmian penutupan menggesa masyarakat untuk memasang iltizam dan keinginan untuk bersama-sama dengan SPRM ke arah negara yang bersih dan bebas rasuah.

Turut hadir ialah Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Md. Mansur, Naib Canselor UMS dan Puan Aminah Awang Basar, Pengarah DBP Cawangan Sabah mewakili Ketua Pengarah DBP.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.