Oleh Abd Razak Osman
20 Jun 2023, 12:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd. Halim bersama-sama pelajar yang menyertai dalam Program Akreditasi Renang dan Keselamatan di dalam Air di Kelab Sungai Petani, Kedah.

Sungai Petani – Sebanyak 352 orang, pelajar sekolah rendah dan menengah di Kedah menyertai Program Akreditasi Renang dan Keselamatan di dalam Air berlangsung di Kelab Sungai Petani, Kedah semalam anjuran Kelab Aquatik Sungai Petani dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri Kedah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd. Halim ketika merasmikan program itu berkata, ilmu berkaitan renang perlu dipelajari.

YB Adam Adli Abd. Halim menyampaikan cenderahati kepada peserta

Terdapat pelbagai risiko mungkin berlaku, termasuklah lemas, namun ilmu renang itu boleh dilengkapi dengan menyertai program dan pertandingan hingga ke peringkat antarabangsa.

Katanya, langkah diambil kelab melalui jurulatihnya, M. Karunamurthy bagi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar mengenai teknik renang kepada pelajar sekolah, begitu baik dan wajar diperluaskan.

Presiden Kelab Akuatik Sungai Petani, YBrs Dr. Sritharan Rao berkata, Karunamurthy memiliki ijazah dalam Pendidikan Jasmani Kesihatan dan Lesen Kejurulatihan Kebangsaan Kelas B dari Institut Sukan Negara serta Diploma dalam Pengurusan Sukan dari Majlis Olimpik Malaysia.

“Dia juga sedang merangka program pembangunan renang berkonsep Athlete Development Support Pathway untuk perenang dari pelbagai peringkat umur dan diharap semua 352 pelajar itu juga memperoleh kejayaan terbaik nanti.”

Katanya, terdapat pelbagai kejayaan bakal diperoleh apabila kelab mempunyai pool of swimmers hingga boleh menceriakan Persatuan Renang Amatur Kedah dan Majlis Sukan Negeri Kedah untuk membuat “Talent ID”.

Sritharan berkata, peserta program nanti layak ambil bahagian kejohanan renang anjuran MSSK, MSSM, SUKIPT dan SUKMA.

“Bagaimanapun, kelab bercadang untuk menjalankan Kelas Renang Kasih Sayang percuma bagi golongan B40 dan anak-anak dari rumah yatim piatu di sekitar Kuala Muda. Kita mulakan dengan pengambilan 30 pelajar dengan 15 sesi kelas. Bila tamat diberikan sijil akreditasi”

Turut hadir bersama-sama dalam program ini ialah Ahli Parlimen Sungai Petani, YB Dr. Mohammed Taufik Johari, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara Dr. Zainah Shariff, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda, Ishak Zulkifli, Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah Zulzuraidy Othman, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Mohammad Suhaimi Md Saad, Penolong Pengarah Pembangunan Murid JPN Kedah, Muhammad Yazir Md. Rodzi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda, Kamarol Azlan Abdull Hamid, Pengerusi Kelab Sungai Petani, Jagjit Singh Bains dan Timbalan President Persatuan Renang Amatur Kedah, Lim Kean Aun.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.