Oleh Filzah Ibrahim
21 Jun 2023, 17:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Program Seronoknya Membaca merupakan kegiatan memupuk, mempersegar dan memperkasakan bahasa Melayu melalui pengucapan, pengkaryaan atau persembahan dalam usaha menanamkan rasa bangga berbahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah.

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke-67, Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (BPSKR) dengan kerjasama Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melaksanakan Program Seronoknya Membaca yang melibatkan 75 orang murid sekolah rendah dan prasekolah.

Pelaksanaan program ini dapat memberikan pendedahan kepada murid tentang aspek mempelajari bahasa Melayu secara amali di luar bilik darjah melalui pendekatan yang menarik dan menghiburkan.

Sehubungan dengan itu, tiga buah pertandingan telah dilaksanakan, iaitu Petandingan Mewarna (Tahap Satu), Pertandingan Bercerita (Tahap Satu dan Dua) dan Pertandingan Aksi dan Pantun Si Cilik pada 21 Jun 2023 di Wisma DBP, Kuala Lumpur.

Tiga pemenang utama bagi setiap pertandingan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300.00, RM200.00 dan RM100.00, manakala tiga pemenang hadiah sagu hati pula membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50.00 setiap seorang.

Antara peserta yang menjadi pemenang bagi ketiga-tiga pertandingan yang dianjurkan dalam Program Seronoknya Membaca.

Yang berikut merupakan senarai pemenang bagi ketiga-tiga acara yang dipertandingkan:

Pertandingan Mewarna (Tahap Satu)

Tempat pertama: Nur Syasya Farzana Rosshaidi
Tempat kedua: Goh Hong Yu
Tempat ketiga: Yasmin Eryna Yau

Pemenang sagu hati:
1. Varshini Thanaraja
2. Arissa Nur Iman Asma Azuwan
3. Muhammad Hanis Aryan Mohd Hanis Zhariff

 Pertandingan Bercerita (Tahap Satu)

Tempat pertama: Chuah Jing Heng
Tempat kedua: Muhammad Iman Zafran Mohammad Irzzat Reza
Tempat ketiga: Luxmie Mathialagan

Pemenang sagu hati:
1. Wardah Soffiyah Mohd Saufi
2. Amira Nur Sofia Mohd. Zaim
3. Nur Marissa Khayla Mohd Zaidi

Pertandingan Bercerita (Tahap Dua)

Tempat pertama: Ng Zhi Xun
Tempat kedua: Izz An-Nisa’ Mohd Khairuddin
Tempat ketiga: Nur Durrani Zulaiqha Mohd Afiq

Pemenang sagu hati:
1. Tan Chu Han
2. Irin Zandra Jazmine binti Eruwan
3. Zara Afina binti Mohd Ahadan

Pertandingan Aksi dan Pantun Si Cilik

Tempat pertama: Muhammad Amir Zafran Mohd Zaim
Tempat kedua: Auni Nur Rifhan Mohhd Firdaus
Tempat ketiga: Aisar Anaqi Muhammad Fariz

Pemenang Sagu Hati:
1. Mohd Adib Rizqi Sabri
2. Aisyah Aafiyah Muhamad Faizzul
3. Nur Khayra Adelia Mohd Khairul Haisyam

Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum DBP, YBrs. Dr. Azizul Ismail kepada para pemenang dalam Majlis Penyampaian Hadiah di penghujung program.

Barisan juri pertandingan yang terlibat terdiri daripada pegawai perancang bahasa dan pereka DBP, iaitu Puan Nelawati Ngadul, Puan Ana Suhana Zainuddin, Encik ‘Azimin Daud, Puan Siti Noorisa Abd Khlil, Puan Fansurina Ramli, Puan Etty Zalita Zakaria dan Puan Aini Abd. Hamid.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.