Oleh Abd Razak Osman
21 Jun 2023, 16:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kulim – Pilihan Raya Negeri (PRN), termasuklah di Kedah akan berlaku tidak lama lagi dengan melibatkan sebanyak 1 585 690 orang pengundi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, soal keselamatan dan ketenteraman awam perlu diberi keutamaan sebelum PRN itu berlangsung.

Imam masjid, pengerusi kuil, pemimpin badan bukan kerajaan (Pertubuhan Bukan Kerajaan) perlu tahu tanggungjawab masing-masing dan tidak menjadikan tempat ibadat sebagai gelanggang berpolitik.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Program Community Engagement Bersama Ketua Polis Kedah yang berlangsung di Kulim Golf & County Resort Jalan Hospital Kulim semalam.

Dalam program tersebut, sebanyak 150 orang terdiri daripada imam masjid, pengerusi kuil dan NGO hadir ke Program Community Engagement bagi menyuarakan isu semasa kepada pihak berkuasa.

Selain itu, semua pihak perlu berhati-hati dalam percakapan mahupun perbuatan tanpa menyentuh 3R, iaitu agama (religion), bangsa (race) dan raja (royalty).

Pengerusi Pegawai Imam-imam Masjid Daerah Kulim (PPMK), Hamdam Abdul Rahman berkata, penerangan diberikan itu, termasuklah soal bagi pencegahan jenayah dan membanteras dadah boleh dijadikan panduan.

Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPE) daerah Kulim, S. Pannirselvam pula berkata, kehidupan masyarakat pasti dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram jika semua pihak tidak bertindak melampau akan tingkah laku masing-masing.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.