22 Jun 2023, 15:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Guar Nangka – Pemangku Raja Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat meninjau Program Madani Anak Bangsa ‘Membangun Potensi, Membina Masa Depan anjuran Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Perlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Nangka baru-baru ini

Usaha yang bersepadu perlu dilakukan oleh semua lapisan komuniti agar dapat menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak. Bagi melahirkan generasi muda pada abad ini, pelbagai usaha perlu diusahakan untuk menjadikan mereka sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut sahaja.

Sesungguhnya murid-murid pada hari ini merupakan pewaris yang bakal mendukung impian dan harapan negeri dan juga negara satu hari nanti.

Titah baginda, nilai moral dan akhlak yang baik merupakan elemen penting dalam memupuk generasi kini. Senario ini dikatakan demikian dapat membantu murid untuk tidak terjebak dengan permasalahan sosial.

Ibu bapa juga perlulah menjadi suri teladan terbaik kepada anak-anak di rumah.

Program selama dua hari tersebut dilaksanakan dengan kerjasama pihak sekolah dan PIBGnya, Faizuddin Centre Of Educational Excellence (FCoEE) yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), TAWFEQ (Tabung Amanah Wakaf, Endowment dan Infaq) UCMI dan juga Tuanku Lailatul Shahreen Centre Of Children’s Industry and Livelihood (CCMI) UCMI.

Antara aktiviti yang dilaksanakan, termasuklah 5 Bengkel Percuma, Pameran Pendidikan, Temuduga Terbuka, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Kenduri Komuniti dan juga ‘Tour De Faculty’.

Pada hari pertama program, para pelajar Tingkatan 4 dan 5 daripada 20 buah sekolah  di Perlis turut hadir mendapat input dan informasi terkini mengenai peluang bagi melanjutkan pelajaran peringkat pengajian tinggi dalam pelbagai program yang ditawarkan di UCMI.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.