18 Julai 2023, 16:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Pemangku Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan kegembiraan dan ucapan tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis atas kemenangan sebagai Johan Digital Utilisation Technology Awards (DUTA) Peringkat Kebangsaan 2022.

Dalam majlis tersebut, terdapat juga penganugerahan lain seperti Anugerah Pendidikan Digital Kebangsaan Kategori Emas Sekolah Rendah Terbaik (dimenangi oleh SK Seri Indera), Anugerah Pendidikan Digital Kebangsaan Kategori Emas Sekolah Menengah Terbaik (dimenangi oleh SMK Agama Arau TMUA), Johan Anugerah Pendidikan Digital Kebangsaan Kategori Khas Sekolah Menengah Terbaik (SMK Agama Perempuan Kangar).

Sementara itu, SK Seri Indera juga telah mendapat Tempat Ketiga bagi Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan bagi Tahun 2022.

Tuanku Pemangku Raja bersyukur serta menitahkan ucapan tahniah dan berharap semoga kejayaan-kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat serta contoh kepada kita semua di negeri Perlis untuk sama-sama menjadi lebih maju di masa hadapan.

Tahniah dan berharap agar kejayaan ini dapat menjadi pembakar semangat dan contoh kepada kita semua di negeri Perlis untuk sama-sama memajukan diri, bangsa dan negara pada masa hadapan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian di Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Perlis sebelum mempengerusikan Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Sidang Keempat bagi tahun 2023.

Keberangkatan baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman dan para pegawai kanan jabatan serta juga para pemenang anugerah-anugerah tersebut.

Di majlis yang sama, turut disampaikan Sijil Penghargaan YB Menteri Pendidikan Malaysia kepada Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran MAIPs atas perkongsian kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai “Hasrat Pendidikan Perlis” yang dilaksanakan oleh MAIPs.

Dalam menjayakan pendigitalan dan ICT JPN, Perlis MAIPs secara umumnya telah menyumbangkan banyak sumbangan peralatan dan tambahan infra kepada Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) JPN Perlis.

Selain itu, program ini turut memberikan manfaat dengan menyalurkan pelbagai bantuan kepada sekolah di negeri Perlis selain menjadi penaja utama Inisiatif Digitalisasi Pendidikan Jamalullail melalui Program SnappEd di bawah Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs 2.0

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.