24 Julai 2023, 18:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kubang Kerian- Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Haji Pkharuddin Haji Ghazali berkata, elemen pendidikan merupakan elemen penting dalam penghayatan Rukun Malaysia MADANI. Sebagaimana yang digariskan dalam kerangka konsep MADANI, setiap nilai teras MADANI mempunyai tunjang pendidikan sebagai sokongan utama kepada teras dasar Malaysia MADANI yang diterapkan oleh YAB Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Haji Pkharuddin Haji Ghazali dan barisan tetamu kehormat bergambar kenangan bersama-sama Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

Beliau juga menyeru guru-guru untuk sentiasa berusaha dan bersama-sama mendidik sahsiah, rohani dan emosi anak-anak demi menjayakan konsep ABC (Anak yang Baik lagi Cerdik). ABC bukan sahaja melahirkan masyarakat yang saling menyokong antara satu sama lain, malah mendidik mereka agar menjaga kesantunan dan disiplin, mematuhi peraturan dan menggalakkan persaingan sihat sesama mereka.

Hasrat dan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seiring dengan konsep Malaysia MADANI yang berteraskan enam tonggak utama. KPM juga membangunkan tujuh Teras Nadi Keunggulan KPM bagi memastikan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.

“Visi KPM, iaitu menzahirkan sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Visi dan misi KPM ini berkaitan rapat dengan kepimpinan yang ada dalam sistem pendidikan. Justeru, gerak kerja seluruh warga pendidikan seharusnya ke arah satu bentuk kepimpinan berdasarkan budaya kerja saling mempercayai dan saling memberikan inspirasi dalam usaha membentuk anak bangsa yang berakhlak mulia dan berintelektual,” jelas beliau. Tambah beliau, KPM juga sentiasa berusaha menambah baik ekosistem pendidikan negara, khususnya dalam aspek pendidikan digital, seiring dengan pendidikan global.

Beliau turut menekankan bahawa, guru merupakan agen terpenting dalam menjayakan Malaysia MADANI. Maka itu, warga pendidik diharap dapat menjiwai konsep ini dan bersama-sama merealisasikan hasrat kerajaan bagi memastikan pendidikan berkualiti dapat dijayakan secara menyeluruh.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kesudiannya meluangkan masa bersama-sama warga pendidik berhimpun dalam majlis Cakna MADANI yang dianggap sebagai medan terbaik untuk guru-guru bersemuka dan berinteraksi, seterusnya mendapat maklumat langsung daripada Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian dalam program Cakna MADANI YAB Perdana Menteri Bersama-sama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diadakan pada 23 Julai 2023 di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.