10 Ogos 2023, 23:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Negeri Sembilan – Suasana yang begitu tenang menyambut kehadiran saya di Negeri Sembilan pada hari ini.

Dengan bendera parti yang disusun secara berselang-seli secara harmoni, di kiri dan kanan bahu jalan, sepanjang beberapa kilometer menuju ke Sikamat menyebabkan saya berfikir tentang kerukunan masyarakat di sini.

Perkara yang saya fikir itu rupa-rupanya diakui oleh seorang pengundi di Sikamat, iaitu Encik Kamal, Ahli Jawatankuasa Surau di Taman Coral Heights.

Menurut Kamal,

“Masyarakat di Negeri Sembilan hidup secara harmoni. Maka, tidak hairanlah apabila Negeri Sembilan diiktiraf sebagai Negeri Bahagia”.

Suasana di kedai makan pula menggambarkan seolah-olah PRU Negeri Sembilan ini bukanlah perkara besar yang perlu diperdebatkan.

Malah, tidak kedengaran suara lantang pendebat politik tidak bertauliah dalam kalangan penduduk tempatan ketika saya singgah di kedai untuk membeli makanan.

Keadaan yang saya lihat ini sekali lagi disahkan oleh Encik Kamal yang menyatakan bahawa semua parti, sama ada kerajaan atau pembangkang, bekerjasama untuk membangunkan Negeri Sembilan.

Walaupun semua pihak bekerjasama dan seolah-olah sesiapa pun boleh menjadi pemerintah, Encik Kamal tetap menyeru seluruh pengundi di Negeri Sembilan untuk turun mengundi pada hari Sabtu ini.

Sebelum berpisah dengan saya, Encik Kamal memberikan kata-kata nasihat kepada pengundi yang menyebabkan saya terdiam dan terpaksa bersetuju dengannya, iaitu:

“Kalau kita nak pilih buah yang baik pun, kita perlu pergi ke kedai, apatah lagi untuk memilih pemimpin”.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.