10 Ogos 2023, 23:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Negeri Sembilan – Dengan memasuki hari ke-13 kempen pada hari ini, kempen secara bersemuka menjadi pilihan calon yang bertanding di kerusi DUN di Negeri Sembilan.

Menurut seorang daripada penduduk tempatan yang sempat diwawancara petang tadi, strategi ceramah dilihat agak kurang berbanding dengan minggu awal kempen.

Strategi bersemuka ini dilihat lebih menyentuh hati pengundi dan memberikan persepsi bahawa calon tersebut benar-benar sanggup mewakili mereka sebagai wakil rakyat.

Di Juasseh, Puan Sri Bibi Sharliza yang bertanding atas tiket Barisan Nasional untuk merebut kerusi N.15 melakukan ziarah perpaduan di Gugusan Jemapoh.

Pada belah petangnya, Puan Sri Bibi Sharliza masih meneruskan strategi yang sama apabila menziarahi penduduk di Desa Jemapoh.

Lawan bagi Puan Sri Bibi Sharliza, iaitu Dato’ Eddin Syazlee Shith pula dilihat tidak mengaku kalah apabila membawa jentera Perikatan Nasional untuk menyantuni penduduk di sekitar Gentam, seterusnya ke Bukit Gelugor untuk berjumpa dan bertegur sapa dengan komuniti yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Di Pilah, Cikgu Rafiei yang mewakili Perikatan Nasional untuk bertanding bagi kerusi N.18 dilihat tidak kekok menyantuni warga setempat, terutamanya di kedai makan di Simpang Gentam tanpa membezakan kaum, sama ada Melayu, Cina atau India.

Cikgu Rafiei meneruskan kempennya dengan cara mendekati pengundi di Taman Selasih, Rumah Rakyat Senaling dan Kampung Maasop pada waktu petang.

Cikgu Rafiei juga berusaha memastikan pengundi yang akan mengundinya nanti tidak tersalah mengundi dengan memberikan tunjuk ajar tentang cara yang betul ketika menanda kertas undi.

Bagi Mohd Zaidy Abdul Kadir, calon Barisan Nasional yang bertanding kerusi N.07 Jeram Padang, kempen bertemu pengundi meriah apabila turut ditemani oleh Datuk Chong Sin Woon (Setiausaha Agung MCA) di Taman Desa.

Walaupun strategi bermain psikologi pengundi ini mendapat reaksi yang positif secara zahirnya daripada penduduk setempat, keputusan pada hari Sabtu ini akan menentukan, sama ada strategi ini akan membuahkan hasil atau tidak.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.