Oleh Lutfi Zahid
11 Ogos 2023, 10:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Foto: Mohd Farid Janudin

Shah Alam – Menjelang sehari sebelum hari mengundi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 bagi Dewan Undangan Negeri Selangor (PRN Selangor), negeri ini meriah dengan penganjuran ceramah finale akhir yang menjadi pentas berkempen bagi Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) untuk menarik pengundi.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam Ceramah Grand Finale Kita Selangor di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2 Keramat, malam tadi.

Gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) memulakan acara terakhir ceramah besar-besaran di sini dengan penganjuran Ceramah Grand Finale Kita Selangor di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2 Keramat, malam tadi.

Dalam ceramah tersebut, Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan amanat terakhir beliau kepada masyarakat setempat di sini agar membuat keputusan sebaik-baiknya demi kestabilan negeri itu.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi PH Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Seri Amirudin Shari dijadualkan menyampaikan Amanat Khas sempena PRN Selangor secara langsung pada pukul 11 pagi hari ini.

Pagi ini, Dato’ Seri Amirudin Shari dijadualkan menyampaikan Amanat Khas sempena PRN Selangor secara langsung pada pukul 11 pagi menerusi pelbagai platform siaran televisyen dan media sosial.

Dalam usaha untuk menawan Selangor, PN tidak ketinggalan mengadakan ceramah terakhir besar-besaran yang dijangka diadakan pada malam ini, seperti dinyatakan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkongsian Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang Ceramah Grand Finale PN Selangor di Padang Awam Fasa 5, Taman Melawati malam ini.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook, beliau dikatakan akan turut hadir sama dalam Ceramah Grand Finale PN Selangor yang diadakan di Padang Awam Fasa 5, Taman Melawati, pada pukul 9.00 malam.

PRN Selangor menyaksikan 147 calon berentap untuk merebut 56 kerusi Dewan DUN yang dipertandingkan. Segalanya akan terjawab pada 12 Ogos 2023 ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.