Diterbitkan pada 11 Ogos 2023, 18:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Kajian daripada Badan Pemikir Ilham Centre meramalkan Selangor dijangka kekal kepada gabungan PH-BN dengan menyaksikan PN melebarkan pengaruhnya di negeri terkaya di Malaysia ini.

Selangor – Badan Pemikir Ilham Centre dalam ulasannya yang boleh dibaca di sini menyatakan bahawa Selangor dijangka kekal melalui gabungan PH-BN. Menurut laporan tersebut, Selangor bakal ditadbir oleh gabungan PH-BN disebabkan prestasi cemerlang pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

Kajian tersebut juga menyatakan bahawa sokongan padu orang bukan Melayu terhadap gabungan tersebut juga bakal memenangkan PH-BN. Berdasarkan pemerhatian mereka terhadap Perikatan Nasional (PN) pula,

PN kelihatan tepu mencari strategi bagaimana ingin menarik sokongan pengundi bukan Melayu. Sekiranya keadaan ini kekal, PN terpaksa melupakan undi Cina dan India, sebaliknya terpaksa menumpukan kebergantungan kepada undi Melayu.

Namun begitu, tidak semua kerusi dijangka bakal dimenangi oleh gabungan PH-BN. Kerusi yang berada di daerah utara Selangor dilihat lebih memberikan kelebihan kepada PN.

Kerusi milik PH sebelum ini seperti Sungai Ramal, Morib, Hulu Bernam, Sementa, dan Sungai Kandis dilihat goyah untuk PH, manakala kerusi Hulu Kelang sangat sengit dan sukar dibuat bacaan.

Ulas Ilham Centre lagi, PN berpeluang menambah kerusi di DUN bermajoriti Melayu namun tidak berupaya untuk mengambil alih kerajaan negeri.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi