12 Ogos 2023, 12:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sikamat – Datuk Seri Aminuddin Harun selesai mengundi sebelum hujan di Sikamat pada pukul 8.50 pagi tadi.

Lebih kurang 20 minit sebelum itu, calon Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan ini tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Mohd. Redza untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi.

Cuaca mendung seperti yang telah diramalkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia menanti kehadiran calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat ini.

Cuaca yang tidak begitu elok ini bagaikan adegan ulangan ketika beliau mengundi di sekolah yang sama pada PRU-15 yang lalu.

Bezanya, pada waktu itu, beliau terpaksa berpakaian hujan.

Hari ini, beliau yang kelihatan kemas dengan berbaju batik, kemudiannya beratur di saluran 2 sambil menyantuni pengundi lain.

Setelah selesai mengundi, calon MB ini dilihat tidak menunggu lama untuk meneruskan tanggungjawabnya, iaitu membuat lawatan ke pusat mengundi lain yang termasuk di dalam DUN Sikamat.

Datuk Seri Aminuddin Harun selesai mengundi.

Sebagai rekod, Datuk Seri Aminuddin merupakan penyandang bagi kerusi DUN Sikamat sejak tahun 2008 lagi.

Dalam usaha mempertahankan DUN Sikamat dalam PRN kali ini, beliau dicabar oleh tiga orang calon lain, iaitu Raihan Hilal (Perikatan Nasional), serta dua orang calon bebas, iaitu Bujang Abu dan Mohammed Hafiz.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.