Oleh Aninah Janang
12 Ogos 2023, 13:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Marang – Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, menyeru kepada seluruh peraih undi atau parti dan calon yang bertanding agar menghormati hak pengundi dan memberikan keselesaan kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada hari ini.

“Beri keselesaan kepada pengundi dan hormati hak mereka” – Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan.

“Saya menyeru kepada peraih undi, parti atau calon untuk memberikan peluang kepada pengundi untuk mengundi dengan selesa pada hari ini. Biarlah  mereka selesa dan tenang untuk mengundi. Hormatilah hak mereka untuk memilih parti mana pilihan mereka. Kita juga mengharapkan proses pengundian di seluruh negeri Terengganu berjalan dengan lancar,” ujar Datuk Mazli Mazlan, ketika di wawancara oleh penulis di perkarangan Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang, Terengganu.

 Beliau turut memaklumkan pada hari ini, sebanyak 7000 anggota polis ditugaskan untuk memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar di seluruh Terengganu.

 SPR menetapkan pusat pengundian di enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15, iaitu Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan dibuka seawal pukul 8.00 pagi hingga pukul 6.00 petang.

Sebagai rekod kemenangan pada PRU DUN Ke-14, daripada 32 kerusi DUN yang dipertandingkan, sebanyak 10 DUN dikuasai oleh BN, manakala sebanyak 22 DUN oleh PAS.

PRN Ke-15 pada kali ini akan menyaksikan buat pertama kalinya enam buah negeri, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan mengadakan PRN serentak pada 12 Ogos ini. PRN di enam buah negeri ini juga mencatatkan sejarah yang tersendiri sebagai PRN pertama yang diadakan berasingan daripada PRU. Sementara itu, jumlah  kerusi DUN yang dipertandingkan di kesemua negeri yang terlibat adalah sebanyak 245 kerusi DUN.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.