Diterbitkan pada 12 Ogos 2023, 23:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Terengganu – Meskipun UMNO menang di Mahkamah Pilihan Raya Terengganu, namun di pentas Pilihan Raya Kecil (PRK),  UMNO terpaksa akur bahawa pengundi masih meletakkan kepercayaan kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menerusi calon Datuk Ahmad Amzad Hashim untuk terus menyandang kerusi Parlimen ini.

Hal ini  dikatakan demikian apabila Datuk Ahmad Amzad Hashim menang dengan majoriti 47 266 undi.  Barisan Nasional yang meletakkan mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya mampu meraih undi sebanyak 21 103 undi. 

Sebagai imbasan, pada PRU Ke-15, Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertembungan empat penjuru yang dimenang oleh PAS dengan keputusan seperti yang berikut:

1. Mohamad Abu Bakar  Muda – Parti Pejuang Tanahair (481 undi)
2. Dato’ Cikgu Zubir – BN (22 109 undi)
3. Dato’ Raja Bahrin – PH (10 946 undi)
4. Datuk Haji Amzad Hashim – PAS (63 016 undi)

 

PRK Kuala Terengganu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad yang juga mantan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, setelah mendapati wujud unsur rasuah ketika tempoh kempen PRU Ke-15 bagi Parlimen.

Pada 3 Januari 2023, UMNO Terengganu memfailkan petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan PRU Ke-15 bagi kerusi Parlimen berkenaan di Mahkamah Tinggi mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi