Oleh Aninah Janang
12 Ogos 2023, 21:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Marang – Calon Menteri Besar (MB) Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atau lebih mesra dengan panggilan Dr. Sam dalam kalangan penduduk di Terengganu, berjaya mempertahankan DUN Ru Rendang apabila Suruhanjaya Pilihan Raya mengistihyarkan kemenangan beliau secara rasmi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, di Dewan Utama Majlis Daerah Marang dengan majoriti besar sebanyak 17 826 undi. 

Pertembungan dua penjuru antara PAS dengan Pakatan Harapan (PH) itu menyaksikan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri yang memperoleh undi 20 927 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman, yang memperoleh undi sebanyak 3641 undi. 

Ru Rendang merupakan satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Marang. Jumlah pengundi berdaftar yang dicatatkan oleh SPR bagi DUN Ru Rendang adalah sebanyak 32 867 pengundi berdaftar.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018, menyaksikan DUN Ru Rendang dimenangi oleh calon PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri dengan majoriti 6028 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Dato’ Haji Nik Dir Nik Wan Ku dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zarawi Sulong.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.