Diterbitkan pada 13 Ogos 2023, 00:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Foto: Farid Janudin

Datuk Seri Amirudin Shari memenangi kerusi DUN Sungai Tua dengan majoriti 5185 undi.

Gombak – Calon Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari berjaya mempertahankan kerusi yang disandang di DUN Sungai Tua apabila menewaskan pencabar, Hanif Jamaludin (PN) dan Suman Gopal (Bebas).

Berdasarkan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Amirudin Shari memperoleh majoriti undian sebanyak 5185 undi dengan jumlah undian 19 678 undi, manakala Hanif Jamaludin memperoleh 14 493 undi dan Suman Gopal 430 undi.

Sebagai rekod, pengundi berdaftar di DUN Sungai Tua adalah sebanyak 49 055 pengundi. Pada kali ini, peratusan keluar mengundi di sini adalah sekitar 70 peratus, seperti yang dinyatakan oleh SPR.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lepas, Datuk Amirudin Shari memperoleh majoriti besar, iaitu sebanyak 11 374, menewaskan calon BN, N. Rawisandran, calon PAS, Mohamad Ibrahim dan calon Bebas, Badrul Hisam Md Zin.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi