Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangBatu Tiga – Keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga membuktikan bahawa calon Pakatan Harapan (PH), Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid berjaya menakluki hati penduduk DUN tersebut.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PH Selangor pada awalnya dilihat ketinggalan jumlah undi daripada calon Demokratik Malaysia (MUDA), Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen atau dikenali sebagai Cheda Razak, namun berjaya mengatasi dua pencabarnya, termasuklah mantan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 3382 undi.
Danial Al-Rashid berjaya meraih sebanyak 29 064 undi, manakala Datuk Seri Rina Harun sebanyak 25 682 undi, dan Cheda Razak memperoleh sebanyak 1908 undi.
Danial dalam laman Facebook peribadinya mengucapkan syukur dan terima kasih kepada pengundi N41 DUN Batu Tiga dan semua yang terlibat dalam PRN Ke-15 kali ini kerana telah memberikan kepercayaan kepada beliau.
Sebagai rekod, DUN Batu Tiga sebelum ini disandang oleh Rodziah Ismail daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama tiga penggal.