Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangAlor Setar – Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) berjaya menganjurkan Karnival Amal Penyayang 2023 di Pekarangan Tapak Ekspo Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah selama lima hari dan berakhir pada 28 Ogos.
Terdapat pelbagai aktiviti dilakukan, termasuklah kempen derma darah, karnival jualan makanan, pertunjukan silat, himpunan belia berselawat, acara Malam Cinta Rasul, ceramah agama dan banyak lagi. Karnival itu disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
Dalam karnival itu, Pengerusi YSB, Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Tunku Temenggong Kedah menerima pelbagai sumbangan dari syarikat korporat dan orang persendirian.
Pengerusi Karnival Amal Hari Penyayang 2023 selaku Pengerusi Mendana Kewangan YSB, YBhg. Dato’ Bijaya Indera Dato’ Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, YSB menerima dana sebanyak RM300 000 sempena Karnival Amal Hari Penyayang pada tahun ini.
Semua program dan projek di bawah perancangan YSB tidak akan tercapai tanpa sokongan dan sumbangan daripada semua pihak dalam usaha menjayakan projek berkenaan.
Terima kasih kepada penyumbang dan penaja Karnival Amal Hari Penyayang 2023, iaitu Dato’ Seri Goh Eng Hoe, Syarikat Dzia Perfect Design, PP Chin Hin Sdn. Bhd., Kolam Titi MEGA, Pasaraya Borong Sakan, Paramount Property Utara Sdn. Bhd, Longwan Trading Sdn. Bhd., JKG Land Bhd., E-Idaman Sdn. Bhd. dan lain-lain.
Tambahnya,
Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Kedah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Perbadanan Stadium Negeri Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar, Polis DiRaja Malaysia Negeri Kedah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Bulan Sabit Merah Malaysia, Jabatan Penyiaran Kedah dan lain-lain yang tidak pernah jemu terlibat dengan aktiviti YSB.
Menurutnya lagi, bukan itu sahaja, pada 3 September ini juga diadakan pertandingan memancing dengan kerjasama Kolam Titi MEGA sempena Karnival Amal Hari Penyayang bertempat di Kolam Titi MEGA, Titi Haji Idris, Alor Setar yang bakal menarik peserta dengan anggaran 10 000 orang.
Pada paginya, acara lain melibatkan orang ramai adalah Larian Bendang Kedah dan Kayuhan Amal yang berslogan “We Ride and Donate”.
YSB akan terus menggalakkan pelibatan orang ramai dalam aktiviti sukan lebih-lebih lagi dalam mengamalkan gaya hidup sihat.