30 Ogos 2023, 11:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Orang ramai disarankan untuk menggunakan pengangkutan awam bersempena dengan menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, esok di Putrajaya bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Perbadanan Putrajaya (PPj) turut menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik Nadiputra secara percuma dari Terminal Putrajaya Sentral (TPS), Presint 7 dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Presint 5.

Pengerusi Jawatankuasa Logistik dan Persiapan Tempat, Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023, Datuk Parang Abai @Thomas berkata,

Waktu operasi bas ulang-alik adalah seawal pukul 4.00 pagi hingga 2.00 petang.

Perkhidmatan ini turut beroperasi setiap 10 minit pada waktu puncak, iaitu pada pukul 4.00 pagi hingga 8.30 pagi dan 10.30 pagi hingga 2.00 petang. Kadar kekerapan ialah 20 minit.

Perkhidmatan pengangkutan bus disediakan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada keesokan hari sempena Hari Kebangsan 2023 di Putrajaya.

Jelas beliau, bagi yang tinggal di luar kawasan Putrajaya, mereka boleh menggunakan perkhidmatan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) persiaran KLCC dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC dan turun di Stesen Putrajaya Sentral.

Kemudian, pengguna boleh menaiki bas pengantara yang telah disediakan oleh pihak Rapid KL dan PPj.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.