30 Ogos 2023, 15:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jurufoto: Mohd Farid Janudin

Kuala Lumpur – Tarikh 31 Ogos merupakan hari bersejarah negara Malaysia yang pastinya akan ada acara ambang kemerdekaan bagi menantikan detik pada pukul 12.00 tengah malam, hari ini.

Pada kebiasaannya, pada malam tersebut akan ada pelbagai aktiviti dan acara bunga api bagi memeriahkan kemerdekaan.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya ketika merasmikan Pelancaran bulan Kebangsaan berkata,

Semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia perlu sentiasa disuburkan bagi melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

Semangat patriotisme perlu dipupuk dan dipelihara agar kemerdekaan Malaysia terus dipertahankan.

Sementara itu, bersempena sambutan ambang kemerdekaan ke-66, terdapat sembilan buah negeri terlibat, iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Perlis, Perak, Kuala Terengganu, Selangor, Melaka dan Sarawak bermula pukul 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

Antara lokasi yang diadakan sambutan ambang kemerdekaan, termasuklah Dataran Merdeka, Kuala Lumpur; Dataran IKS, Simpang Renggam, Kluang, Johor; Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka; Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan; Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor; Jalan Persiaran Wawasan & Dataran Kompleks DUN, Perlis; Dataran Drawbridge, Kuala Terengganu, Terengganu; Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Perak; dan Dataran Pehin Setia Raja, Mukah, Sarawak.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.