Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPutrajaya – Barisan Penggerak Belia Selangor (PEBS), Angkatan Muda Keadilan Hulu Selangor (AMK Hulu Selangor) dan Majlis Belia Daerah bersama-sama Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan berserta Setiausaha Politik Menteri Besar, Tuan Saifuddin Shafi Muhammad hari ini menganjurkan satu program bersama rakyat Hulu Selangor bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-66 tahun pada 31 Ogos 2023.
Program edaran Jalur Gemilang sebanyak 500 keping itu diadakan khusus kepada rakyat Hulu Selangor untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam jiwa rakyat sebelum menyambut Hari Kebangsaan.
YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor mengambil inisiatif ini untuk mengedarkan sebagai satu simbol perpaduan dan kemerdekaan bagi negara Malaysia, iaitu Jalur Gemilang untuk sama-sama dikibarkan pada sambutan Hari Kemerdekaan yang akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2023 yang akan disertai dengan perarakan dan perbarisan oleh kontijen yang terlibat.
Kibarkan Jalur Gemilang, sebarkan kasih sayang sesama rakyat Malaysia.
Program itu diadakan di Plaza Tol Bukit Beruntung bermula pukul 5.00 petang dan Jalur Gemilang diedarkan kepada pengguna jalan raya untuk dikibarkan bermula hari ini hingga Hari Malaysia pada 16 September kelak.
Edaran Jalur Gemilang ini adalah selari dengan saranan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menggalakkan kibaran Jalur Gemilang di kereta, kawasan perumahan dan tempat yang strategik bagi menunjukkan bahawa rakyat negara ini berasa bangga dengan kemerdekaan yang telah berjaya dipertahankan selama 66 tahun walaupun terdapat banyak ranjau yang berliku yang telah dilalui.
Dari rusuhan, perkauman, ekonomi, kesihatan dan keselamatan yang tersebar pantas dengan kehebatan teknologi terkini, hal ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perpaduan yang telah dibina.
Tambahan pula, apabila rakyat menyalahgunakan kuasa kebebasan bersuara untuk menyakiti antara satu sama lain dalam media sosial menyumbang lagi kepada salah satu cabaran yang harus dihadapi dalam mengekalkan kemerdekaan yang diperoleh hari ini.