Oleh Abd Razak Osman
17 September 2023, 11:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Langkawi – Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia semalam, Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi (PDL) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi menganjurkan satu acara simbolik iaitu Pertandingan Pembinaan Arca Pasir bertemakan Logo Kemerdekaan yang berlangsung di Pantai Cenang, Langkawi, Kedah.
Pegawai APM Daerah Langkawi, Kapten
(PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata bahawa
sebanyak 638 peserta mewakili jabatan kerajaan, badan berkanun, pemain industri pelancongan, pertubuhan bukan kerajaan dan sekolah telah menyertainya.
Pertandingan Pembinaan Arca Pasir telah dinobatkan sebagai catatan sejarah baharu dalam “The Malaysia Book Of Records – Most Merdeka Logo Sand Sculpture” dengan kiraan 37 logo terbina secara keseluruhannya.
Majlis penyampaian sijil pengiktirafan  “The Malaysia Book Of Records” turut diadakan dan disempurnakan oleh pegawai The Malaysia Book Of Records, Puan Hajar Johor kepada Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus dengan disaksikan oleh Pegawai Daerah Langkawi, Dato’ Abdul Gafar Yahya.
Katanya, peserta berjaya mempamerkan kreativiti masing-masing dengan mewarnakan arca pasir logo kemerdekaan mereka dengan pelbagai kaedah yang unik dan ada di antara peserta menggunakan bahan semula jadi seperti beras berwarna,  tepung di adun cantik dengan warna-warna jalur gemilang.
Hampir 1000 orang pengunjung, termasuk dari luar negara hadir bagi menyaksi acara itu dan acara diadakan berjaya mencapai matlamatnya.
Kakitangan Ibu Pejabat  Polis Daerah (IPD) Langkawi bergambar kenangan setelah menjadi juara pertandingan mengukir logo bertema “Kemerdekaan Tahun 2009-2011”.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi dinobatkan sebagai juara pertandingan selepas berjaya mengukir logo bertema “Kemerdekaan Tahun 2009-2011” menggunakan arca pasir dalam pertandingan itu.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Polis, ACP Shariman Ashari turut hadir bagi memberikan sokongan kepada anggotanya yang terdiri daripada empat orang pegawai kanan, 14 pegawai rendah dan dua awam yang bertungkus lumus bagi melaksanakan logo menggunakan pasir tersebut.
Ahmad Shahfikri berkata bahawa program yang pertama kali diadakan itu adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dalam merapatkan hubungan baik diantara jabatan-jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan serta hotel-hotel di Langkawi dalam menyambut Hari Malaysia 2023.
Naib johan pertandingan dimenangi  Persatuan Hindu Sangam Langkawi dengan logo bertema “Kemerdekaan Tahun 2023” dan tempat ketiga, Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi – Ombak Villa, Bella Vista, The smith House dengan logo bertema “Kemerdekaan Tahun 1980”.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.