Oleh Abd Razak Osman
26 September 2023, 14:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Kumpulan Asyiron dari Maktab Mahmud Merbok, telah menjadi johan  Pertandingan Nasyid Sekolah Menengah, bersempena dengan Pesta Buku Kedah 2023, yang berlangsung di Village Mall, Sungai Petani, Kedah, semalam.

Pemenang Pertandingan Nasyid Sekolah Menengah anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK).

Kumpulan Asyiron telah memenangi wang tunai sebanyak RM500 setelah menewaskan sembilan pasukan lain dalam pertandingan nasyid anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK).

 

Urus setia pertandingan tersebut, Puan Nurizma Zahari berkata,

Lagu yang dibawa oleh Kumpulan tersebut bertajuk Hanya Pendosa telah berjaya menarik perhatian ramai, termasuklah pengadil. Semua lagu nasyid yang dipertandingkan kebanyakannya berunsur keagamaan.

Puan Nurizma Zahari, urus setia Pertandingan Nasyid Sekolah Menengah.

Menurutnya lagi, naib johan pertandingan tersebut menerima wang tunai sebanyak RM350 dan telah dimenangi oleh Kumpulan Iltizam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan dengan lagu bertajuk Terbitnya Fajar Dakwah.

Tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM200 dan dimenangi oleh Kumpulan Soutul Daria dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Daris, Sungai Layar, dengan lagu bertajuk Keluarga Malaysia Negara Makmur.

Penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah disampaikan oleh Encik Shahizan Affandi Zakaria selaku Pengarah PPAK.

Pesta Buku Kedah 2023 yang bertemakan #melestarikan budaya membaca telah dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Selain pertandingan nasyid, PPAK turut mempelawa lebih daripada 50 pempamer dari seluruh negara untuk membuka reruai bersempena dengan Pesta Buku Kedah 2023, antaranya termasuklah reruai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menyertai jualan buku di sana yang akan berlangsung sehingga hari Sabtu ini.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.