28 September 2023, 13:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang


Jakarta
– Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (IIBF) 2023 telah membuka tirai secara rasmi pada 7 September 2023 hingga 1 Oktober 2023, bertempat di Konvensyen Pameran Indonesia di Pusat Konvensyen Pameran Indonesia (ICE) BSD City, Jakarta, Indonesia.

Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2023.

Pada IIBF kali ini, Malaysia turut membuka reruai Malaysia yang dikenali sebagai Pavillion Malaysia yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, yang turut disaksikan oleh YBhg. Datin Paduka Mastura Muhammad dari Perpustakaan Awam Selangor. Pelibatan Malaysia dalam pesta buku ini merupakan usaha untuk mengangkat karya yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit di Malaysia ke peringkat antarabangsa di samping mengadakan program ilmu untuk manfaat pengunjung.

Korea telah dilantik sebagai Negara Tamu pada kali ini di IIBF 2023. Pemilihan Korea sebagai negara tamu bertepatan dengan hubungan persahabatan 50 tahun antara negara Indonesia dengan Korea.  

Tetamu yang hadir semasa Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2023.

Delegasi Malaysia yang turut hadir pada IIBF pada kali ini terdiri daripada agensi kerajaan, penerbit universiti dan pertama kali disertai oleh perpustakaan negeri seperti Perpustakaan Negeri Selangor dan Perpustakaan Kuala Lumpur.

YBhg. Dato Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, merasmikan reruai Malaysia yang dikenali sebagai Pavillion Malaysia.

Selain Pameran dan Jualan, IIBF 2023 juga mengadakan pelbagai aktiviti perbukuan lain seperti Upacara Pembukaan, Seminar/Bengkel, Bicara Buku, Sesi Padanan Perniagaan, Pelancaran Buku dan Sesi Temu Mesra Bersama-sama Penulis.

Para pelajar yang berkesempatan mendapatkan buku terbitan DBP di reruai Malaysia.

Delegasi DBP turut membawa 52 judul buku yang terdiri daripada kategori judul am, kanak-kanak, ensiklopedia dan judul sasterawan negara yang mengangkat jati diri negara serantau melalui perkongsian kepustakaan dan silang budaya bagi manfaat masyarakat kedua-dua buah negara. Karya DBP juga diyakini dapat memenuhi cita rasa pembaca pada peringkat antarabangsa. 

Delegasi DBP diketuai oleh Pengarah Jabatan Penerbitan, iaitu Puan Fauzilahyatun Mustafa, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran dan Pengedaran, Encik Saifudin Abu Bakar dan pegawai Bahagian Harta Intelek, Puan Mazfarina Marzuki.

Pengarah Jabatan Penerbitan, Puan Fauzilahyatun Mustafa dan Pengurus Besar Pemasaran, dan Pengedaran, Encik Saifudin Abu Bakar semasa mempromosikan karya terbitan DBP di reruai Malaysia.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.