Oleh Abd Razak Osman
1 Oktober 2023, 18:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Sebanyak RM153 400 berjaya dikutip melalui jualan kupon cabutan nombor bertuah, termasuk hadiah utama sebuah motosikal Modenas Kriss berharga RM4000 yang dimenangi oleh seorang guru, Muhammad Noor Akmal Hashim, 36, dari Pulau Pinang.

Perkara itu diumumkan semasa acara Cabutan Bertuah yang diadakan dalam Majlis Penutup Pesta Buku Kedah 2023 semalam, di Village Mall Sungai Petani, Kedah.

Pesta Buku Kedah 2023 pada kali ini tampil dengan slogan “Melestarikan Budaya Membaca” dan telah diadakan selama tujuh hari berturut-turut, iaitu dari 24 September 2023 hingga 30 September 2023.

Pesta buku tahunan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) pada tahun ini menerima penyertaan daripada lebih 50 pempamer di seluruh negara termasuklah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pengarah PPAK, Encik Shahizan Affandi Zakaria berkata, banyak pihak memberikan kerjasama, termasuk jabatan dan agensi kerajaan bagi memastikan Pesta Buku Kedah 2023 pada tahun ini berjalan dengan lancar.

“Jutaan terima kasih kepada penerbit dan juga pembekal buku yang sentiasa komited untuk memastikan Pesta Buku Kedah terus kekal saban tahun kerana tanpa kerjasama tiadalah pesta buku ini.”

Antara acara yang dianjurkan termasuklah Program Interaksi Tiktoker yang menampilkan Nurina Fadhlah Mohd Salleh (kiri) sebagai pengacara dan Farhatul Fairuzah (kanan), Juara Tilawah Antarabangsa.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.