Oleh Abd Razak Osman
14 Oktober 2023, 13:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sungai Petani – Hari Sukan Negara (HSN) Kedah 2023 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah telah berlangsung dengan meriahnya melibatkan penyertaan daripada 11 000 orang peserta dengan 20 acara sukan yang dianjurkan.
HSN merupakan acara nasional negara yang disambut secara tahunan pada setiap hari Sabtu, minggu kedua bulan Oktober, selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030.
Pasukan Silat Tempur Selayar berjalan masuk ke pentas utama HSN Negeri Kedah.
Beberapa orang anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut membuat persembahan.
Pasukan Gerak Am (PGA) Kulim turut membuat pertunjukan semasa majlis perasmian.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah semasa merasmikan HSN berkata,
“Sambutan HSN yang diadakan ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan cergas menerusi aktiviti sukan, fizikal dan seumpamanya.
 Menurut beliau lagi, usaha yang dilakukan ini boleh memperkukuh semangat perpaduan dan integrasi nasional menerusi aktiviti sukan dan rekreasi.
Tambah beliau,
Kerajaan telah menyediakan peruntukan hampir RM50 juta untuk aktiviti sukan. Oleh itu, semua badan pertubuhan yang cergas dengan aktiviti sukan di negara ini perlu mendapatkan dana yang disediakan itu.”
 YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah merasmikan gimik pelancaran dan kemudian melakukan sesi pelepasan acara ikonik HSN Kedah 2023, iaitu Fun Ride 30 km, Fun Ride 5 km dan Fun Walk 3 km.
Puan Zaiton Yahaya (tengah) menyampaikan cenderamata kepada YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Sambutan HSN Peringkat Negeri Kedah, Puan Zaiton Yahaya berkata,

“Para peserta, termasuklah pelajar sekolah dan golongan belia menunjukkan minat yang positif untuk menyertai setiap acara sukan yang disediakan.”
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Dr. Mohammad Radhi Mat Din, Ahli Parlimen Sungai Petani, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, YB Bau Wong Bau Ek, ADUN Bakar Arang, Adam Loh Wei Chai dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, YBrs Tuan Abdullah Hasan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.