Oleh Abd Razak Osman
15 Oktober 2023, 10:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Alor Setar – “Pelajar perlu bijak menyesuaikan diri untuk membina jaringan baharu” berikut kata Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), YBrs. Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan semasa menghadiri majlis Bicara Santai Bersama-sama Naib Canselor dengan pelajar baharu sesi 2023/2024 di Dewan Muadzam Shah, UUM Sintok, Kedah, baru-baru ini.
UUM telah menerima kemasukan pelajar baharu sebanyak 3 879 orang yang terdiri daripada pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa yang akan mengikuti 48 program pengajian Sarjana Muda bagi sesi 2023/2024.
YBrs. Prof. Dr. Mohd Foad, Naib Canselor, UUM, bergambar bersama-sama pelajar baharu sesi 2023/2024 di Dewan Muadzam Shah, UUM Sintok, Kedah.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3 773 orang pelajar tempatan merupakan pelajar lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Diploma, Matrikulasi, Asasi Pengurusan UUM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), manakala 106 orang lagi merupakan pelajar antarabangsa.
Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, selepas sesi pengajian pada peringkat sekolah rendah, menengah, matrikulasi dan sebagainya,  universiti merupakan antara makmal terakhir kepada pelajar untuk mendapatkan pendidikan secara formal.
“Oleh itu, para pelajar perlulah menggunakan tempoh masa yang ada ini untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin, terutamanya dalam bidang pengajian masing-masing ataupun dalam ilmu lain yang berkaitan dengan agama, adab, sahsiah dan kecemerlangan diri selain daripada bidang akademik.”
Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis Bicara Santai Bersama-sama Naib Canselor dengan pelajar baharu sesi 2023/2024 di Dewan Muadzam Shah, UUM Sintok, Kedah, baru-baru ini.
YBrs. Prof. Dr. Mohd Foad semasa majlis Bicara Santai Bersama-sama Naib Canselor dengan pelajar baharu sesi 2023/2024 di Dewan Muadzam Shah, UUM Sintok, Kedah.
Menurunya lagi, pelajar perlu menyesuaikan diri untuk membina jaringan dengan rakan-rakan semasa berada di pusat pengajian atau inasis masing-masing.
Dalam majlis tersebut, beliau turut memperkenalkan barisan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) dan Dekan-dekan kepada para pelajar baharu.
YBrs. Prof. Dr. Mohd Foad bersama-sama barisan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) dan Dekan-dekan UUM.
YBrs. Prof. Dr. Mohd Foad kemudiannya menyaksikan lafaz ikrar oleh para pelajar baharu UUM sesi 2023/2024 yang di ketuai oleh Muhammad Zullukman Zulkifli, sebelum menyerahkan ikrar tersebut kepada Pendaftar UUM, Encik Ahmad Rasidi Abdullah.
Barisan Jawatankuasa Pengurusan Universiti turut bersama-sama pelajar semasa Majlis Ikrar Pelajar Baharu UUM.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.