25 Oktober 2023, 18:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama-sama penerima warganegara semasa sambutan Jubli Intan ke-75 Tahun Jabatan Pendaftaran Negara di Dewan Balora Perdana, hari ini.

Putrajaya – Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merupakan antara pusat data yang paling tepat dan dipercayai untuk menyimpan segala rekod penting seluruh rakyat Malaysia.Dalam sidang media sambutan Jubli Intan 75 Tahun JPN yang berlangsung di Dewan Balora Perdana pada hari ini, YB Datuk Seri Saifuddin berkata:

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sidang media sambutan Jubli Intan 75 Tahun JPN.

JPN berfungsi untuk mengumpul data tentang rakyat Malaysia, bermula dengan daftar perkahwinan, daftar kelahiran, kemudian kad pengenalan, termasuklah anak angkat dan sebagainya.

Dan itulah yang menjadikan JPN sebagai jabatan yang sangat penting kerana kesemua data yang dianggap paling tepat dan paling dipercayai bermula di jabatan ini.

Sebanyak 212 buah pejabat JPN ditubuhkan di seluruh negara, yakni membuktikan kepentingan jabatan ini dalam menjalankan fungsi sebagai pendaftar rekod masyarakat Malaysia. Walau bagaimanapun, masih ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk hadir sendiri ke pejabat berkenaan.

Tambah beliau,

JPN juga telah mewujudkan perkhidmatan turun padang melalui program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) bagi membantu segenap lapisan masyarakat yang mempunyai kekangan untuk hadir ke mana-mana JPN, khususnya penduduk di kawasan pedalaman bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri.

Melalui program MEKAR, masyarakat setempat boleh mendapatkan salinan sijil kelahiran, sijil kematian, kad pengenalan 12 tahun, penukaran kad pengenalan biasa, dan khidmat nasihat.

Van MEKAR diluncurkan bersempena dengan sambutan Jubli Intan ke-75 Tahun Jabatan Pendaftaran Negara.

Terdahulu, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut menyerahkan sijil kewarganegaraan kepada sembilan orang penerima dan berkesempatan menjadi pendaftar perkahwinan sivil bagi dua pasang pengantin, di samping meluncurkan van MEKAR baharu bersempena sambutan Jubli Intan 75 Tahun JPN.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.