Oleh Azama
28 Oktober 2023, 22:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Bengkel Teknik Tanaman Hidropot dan MyNutriBesen Siri ke-10 diadakan di Kolej Komuniti Selayang, Selangor, hari ini.

Selayang – Cakna dengan permasalahan kenaikan harga makanan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis dengan kerjasama Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancangan Ekonomi Selangor dan kumpulan penyelidik Statistical Analytics, Forecasting and Innovation (SAFI) RIG telah menganjurkan Bengkel Teknik Tanaman Hidropot dan MyNutriBesen bagi mendokong usaha kerajaan dalam isu keterjaminan makanan.

Sebanyak 50 orang peserta menyertai bengkel kali ini. Objektif penganjuran bengkel ini bertujuan memperkenalkan produk inovasi tanaman bandar yang dihasilkan sendiri oleh Encik Azlan Abdul Aziz, pensyarah kanan dari Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Perlis.

Menurut Encik Azlan, melalui kaedah ini, peserta dapat menghasilkan tanaman sendiri yang bebas racun serangga perosak, sekali gus mengurangkan kos perbelanjaan barangan dapur. Malah, lebihan hasil tanaman boleh dijual bagi menjana pendapatan tambahan isi rumah.

Kenaikan harga barangan keperluan asas seperti beras, telur, ayam, ikan dan sayuran-sayuran dewasa ini menjadi mauduk utama berita didada-dada akhbar arus perdana.

Kebimbangan kenaikan harga barangan ini dirasai oleh setiap urat nadi rakyat Malaysia sejak negara dilanda wabak COVID-19 pada tahun 2019.

Ujar beliau,

Antara produk inovasi yang dikongsi bersama peserta, termasuklah produk MyNutriBesen dan MyNutriCapsule yang berkonsepkan tanaman tanpa menggunakan tenaga elektrik dan tanah dalam aktiviti pertanian moden.

Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada para peserta dan diaplikasikan di kediaman, kawasan kejiranan dan komuniti, agar isu keterjaminan makanan dapat ditangani sebaik-baiknya.

Kata pensyarah kanan itu dalam Bengkel Teknik Tanaman Hidropot dan MyNutriBesen Siri ke-10 yang berlangsung bertempat di Kolej Komuniti Selayang, Selangor, hari ini.

Mengulas lanjut, bengkel ini telah mendapat kelulusan daripada Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor di bawah Program Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2023.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.