5 November 2023, 09:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Himpunan Solidariti Keamanan Sejagat anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang merupakan aktiviti kemuncak dan penutup bagi pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin telah berlangsung pada hari Jumaat di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

YB Fadhlina Sidek bersama-sama dengan pengurusan tertinggi KPM dalam Himpunan Solidariti Palestin.

Acara yang dihadiri oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek serta pengurusan tertinggi KPM ini melibatkan sebanyak 800 orang murid dari institusi pendidikan KPM dan lebih 200 pegawai KPM bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin serta menyokong nilai keamanan sejagat. Antara pengisian utama acara ini termasuklah deklamasi sajak, persembahan lakonan dan nyanyian serta pidato kemanusiaan.

YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi (dua dari kiri) meyampaikan cek cura Dana Kemanusiaan Palestin berjumlah RM9.2 juta kepada YB Fadhlina Sidek (dua dari kanan).

Dalam acara ini, Ketua Setiausaha KPM, YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi telah menyerahkan cek cura Dana Kemanusiaan Palestin berjumlah RM9.2 juta yang berjaya dikutip sepanjang pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin kepada Menteri Pendidikan.

Minggu Solidariti Palestin telah dilaksanakan dari 29 Oktober 2023 sehingga 3 November 2023 dan telah melibatkan penyertaan ribuan institusi pendidikan di bawah KPM seluruh negara. Program ini bertujuan untuk mendidik murid dan warga KPM tentang nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia, keamanan dan sifat ihsan. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang Minggu Solidariti Palestin telah disesuaikan dengan panduan sedia ada, jenis sekolah serta kumpulan murid yang terlibat.

YB Fadhlina Sidek bergambar bersama-sama dengan sebahagian daripada peserta Himpunan Solidariti Palestin.

 

Persembahan nyanyian oleh murid.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.