Oleh Abd Razak Osman
10 November 2023, 14:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Pendang – Yayasan UEM (YUEM) dengan kerjasama Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) telah melaksanakan Majlis Penutupan Program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Bahasa Inggeris di Pendang Lake Resort, Pendang Kedah, semalam. Program yang diadakan selama enam bulan ini berjaya menimbulkan minat para pelajar yang berada di kawasan pedalaman terhadap mata pelajaran STEM.
Selain itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah juga turut memberikan kerjasama dalam pelaksanaan program ini yang telah dilaksanakan sejak  Jun 2023. Sebanyak  300 orang pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan enam daripada 10 buah sekolah menengah sekitar daerah Kota Setar, Pendang, Kuala Muda, Yan, Baling dan Sik telah menyertai program ini dan dianggarkan sebanyak 80 peratus pelajar terdiri daripada pelajar yang kurang berkemampuan.
Pengerusi YSB, Yang Teramat Mulia (YTM) Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga Tunku Temenggong Kedah telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam beberapa acara yang dipertandingkan dalam program tersebut.
Penyampaian replika cek oleh YTM Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz kepada , Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Enggang, Sik, yang pemenang dalam acara STEM Showcase sambil diperhatikan oleh Encik Sabri Osman​ (kiri), Encik Mohd Zhafri Datuk Mohd Zohdi, YBhg. Datuk Mohd Izani Ghani dan YBhg. Datuk Paduka Tunku Jaafar Laksamana Tunku Nong​ (dari kanan), YBhg. Datuk Paduka Ammar Datuk Sheikh Mahmood Naim serta YBhg. Datuk Noorazman Abd Aziz.

Pengurus Besar YSB, Misbah Datuk Abdul Hamid berkata, bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar tersebut, beberapa acara menarik telah disusun, antaranya termasuklah persembahan daripada para pelajar berkenaan.

“Setelah mempelajari program STEM tersebut, para pelajar dapat menambah baik pemahaman mereka dalam mata pelajaran tersebut dan berupaya menyiapkan pelbagai projek dengan lebih mudah berdasarkan tugasan yang diberikan”
Pengerusi YSB, Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Temenggong Kedah Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sewaktu menyampaikan ucapan perasmian dalam program tersebut
Terdahulu itu, YTM Tunku Temenggong Kedah Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menzahirkan harapan agar:
“YSB akan terus memberikan inspirasi kepada para pelajar yang terlibat dalam prgoram ini dengan menyediakan kemudahan pelajaran sehingga mereka berjaya mendapatkan pekerjaan dalam era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) ini.”
Pengarah Urusan UEM Group Berhad, YBhg. Dato’ Mohd Izani Ghani​ pula berkata, 
“Pendidikan berkualiti merupakan satu daripada tumpuan utama YUEM, terutamanya kepada para pelajar yang berada di kawasan pedalaman. Kami amat berpuas hati dengan penganjuran program STEM ini dan berharap agar pelajar juga semakin yakin untuk melaksanakan apa-apa sahaja perkara, termasuklah bertutur dalam Bahasa Inggeris”
ang Teramat Mulia (YTM) Tunku Temenggong Kedah Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz turut meluangkan masa melihat tapak pameran yang diadakan semasa program tersebut.
Turut hadir sama ialah Timbalan Pengarah JPN Kedah, Encik Sabri Osman​, Penolong Pegawai Daerah Pendang (Pembangunan), Encik Mohd Zhafri Datuk Mohd Zohdi, Ahli Lembaga Amanah Yayasan UEM, YBhg. Datuk Paduka Tunku Jaafar Laksamana Tunku Nong​, Ahli Lembaga Amanah YSB, YBhg. Datu Paduka Ammar Dato’ Sheikh Mahmood Naim dan Pengerusi Yayasan UEM, Ahli Lembaga Amanah YSB, YBhg. Datuk Noorazman Abd Aziz.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.