21 November 2023, 08:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Majlis Istiadat Konvokesyen UniMAP Sidang Keenam disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, semalam.

Pauh Putra – Sebanyak enam orang pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah disenaraikan antara dua peratus Saintis Terbaik Dunia oleh Universiti Stanford dari Amerika Syarikat, semalam.

Antara pensyarah berkenaan, termasuklah Profesor Dr. Subash Chandra Bose Gopinath, Profesor Teknologis Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Profesor Teknologis Dr. Uda Hashim, Profesor Madya Ir. Teknologis Dr. Azwan Iskandar Azmi, Profesor Madya Dr. Liew Yun Ming dan Profesor Madya Dr. Voon Chun Hong.

Berdasarkan pemilihan tersebut, “World’s Top 2% Scientists” merupakan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya menghasilkan banyak sitasi dalam pelbagai disiplin, selain pengiktirafan di bawah senarai “Career-long and Single Year Citation Impact”.

Pengiktirafan ini sekali gus membuktikan bahawa kecemerlangan UniMAP dalam penyelidikan saintifik yang bukan sahaja telah mengharumkan nama universiti, bahkan kepada negara.

Pencapaian para pensyarah ini menandakan bahawa tenaga pengajar dan taraf akademik UniMAP berada pada tahap tertinggi setanding dengan universiti yang terbaik di dunia.

Demikianlah titah Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang dipaparkan pada skrin gergasi sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Sidang Keenam di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merupakan Tuanku Pro Canselor berkenan UniMAP.

Keberangkatan tiba Tuanku Lailatul Shahreen Akashah disambut oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Muhamed Ali Hajah Mydin, Naib Canselor Profesor Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli serta pengurusan tertinggi universiti.

Sebanyak 426 graduan menerima ijazah masing-masing daripada Tuanku Raja Puan Muda pada sidang kali ini yang terdiri daripada siswazah Fakulti Perniagaan dan Komunikasi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.