21 November 2023, 22:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pauh Putra – Kecemerlangan mahasiswa di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) seharusnya ditunjangi oleh Tujuh Teras Utama Kemenjadian Mahasiswa.

Tujuh teras tersebut termasuklah Kampus Mesra Mahasiswa yang Kondusif dan Lestari bagi Kesejahteraan Mahasiswa; Pemerkasaan Mahasiswa, Pembangunan Mahasiswa dan Jaringan Antarabangsa serta Industri dan Keterjaminan Kebajikan Mahasiswa.

Teras seterusnya termasuklah Pemantapan Ekosistem Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan Dengan Gaji Setimpal; Kecemerlangan Bakat melalui Akademik, Kepimpinan, Inovasi, Sukan, Kebudayaan, Kokurikulum dan 7 Pillars; Memasyarakatkan Mahasiswa dan Warga Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Melonjakkan Keterlibatan Alumni dan Derma Alumni.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika menyampaikan titah dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra.

Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa semua teras ini haruslah bermatlamatkan untuk memanusiakan manusia melalui kemenjadian mahasiswa melibatkan penekanan terhadap kesejahteraan, perkembangan dan potensi mahasiswa sebagai individu yang bernilai dalam pendidikan tinggi.

Tegas baginda,

Pihak fakulti perlu mengenal pasti permasalahan komuniti setempat dan dibawa sebagai satu projek reka bentuk bersepadu (IDP) yang perlu diselesaikan oleh mahasiswa dengan panduan dan bimbingan daripada pensyarah serta komuniti terlibat.

Demikian titah DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Tuanku Canselor sempena Sidang Ke-7 Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Md Farishzan Ismail, Naib Canselor Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli serta pengurusan tertinggi universiti.

Sebanyak 459 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing daripada Tuanku Raja Muda pada sidang kali ini ini terdiri daripada siswazah Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam (FKTA).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.