24 November 2023, 21:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberikan galakan pelaksanaan acara bahasa, seni dan kebudayaan, seperti nyanyian lagu tradisi.

KPM prihatin mengenai isu tular berkenaan larangan nyanyian lagu tradisi sewaktu penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

Merujuk kepada isu yang berbangkit, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan perkara ini tidak berulang pada masa hadapan.

Menurut KPM dalam kenyataan petang tadi, penganjuran acara sebegini digalakkan kerana dapat meningkatkan minat murid, selain memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.