26 November 2023, 16:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Setakat November 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa sebanyak 689 daripada 996 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh negara.

Sementara itu, 120 projek dalam pembinaan dan baki sejumlah 187 projek lagi berada dalam pelbagai peringkat prabina.

Projek Pembinaan Sekolah Daif merupakan satu daripada inisiatif Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) dalam usaha menambah baik dan memantapkan proses pelaksanaan projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah, seterusnya memastikan penyampaian perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.

Kenyataan itu adalah rentetan daripada reaksi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) berkenaan prestasi pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif bagi tahun 2022, menurut KPM.

KPM komited untuk terus memperkasakan pengurusan dan pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif demi manfaat seluruh masyarakat, terutamanya warga sekolah.

Peluasan skop projek kepada semua bangunan dan kemudahan serta penggunaan skor gred impak (skala 1 hingga 7) bagi menentukan senarai keutamaan pelaksanaan projek penggantian bangunan atau kemudahan yang berada pada Skala 7 dan Skala 6 merupakan antara langkah awal utama yang telah diambil.

Mengulas lanjut, STAR yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ketua Setiausaha Negara telah ditubuhkan selaras dengan hasrat Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk meningkatkan produktiviti sektor awam.

Sehubungan dengan itu, KPM turut menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal bagi menyelaras isu berkaitan dengan pelaksanaan projek pada pelbagai peringkat, selain melaporkan status semasa projek dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.