Oleh Abd Razak Osman
29 November 2023, 16:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Alor Setar – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah mengadakan Program Apresiasi APM Negeri Kedah 2023 di Royale Signature Hotel, Alor Setar semalam bertujuan merapatkan hubungan baik antara anggota pasukan, rakan strategik dan media.

Pengarah APM, Mej. (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, program diadakan untuk memberikan penghargaan kepada 230 orang warga APM Negeri Kedah yang berjaya mengharumkan nama dalam pelbagai aktiviti, termasuklah Sukan Pertahanan Awam Malaysia (SUPAM), CD Skill PULAPAT Challenge dan pelibatan seramai 26 orang peserta acara kawad kaki bersempena dengan Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.

Program Apresiasi APM adalah untuk menghargai pegawai bersara dan bertukar jabatan yang selama ini banyak memberikan jasa bakti, keringat dan perkhidmatan yang terbaik sepanjang perkhidmatan di APM Negeri Kedah.

Beliau mengatakan bahawa APM turut memberikan penghargaan kepada rakan media atas kerjasama yang diberikan sepanjang berkhidmat bagi menaikkan imej organisasi itu.

Semoga ikatan dan jalinan kerjasama yang terjalin dengan pelbagai pihak dapat dikukuhkan kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Pengarah APM Negeri Kedah, Lt. Kol (PA) Zairil Anuar Zulmuji turut menyampaikan Anugerah Daerah dalam pelbagai kategori kepada pemimpin APM semua daerah di program itu.

Bersempena dengan program itu, turut diadakan pemilihan peserta pakaian tercantik. Bagi kategori lelaki dimenangi oleh Lt. (PA) Muhammad Zul Izzi Zulkifli selaku Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, manakala peserta wanita dimenangi oleh Sfat Muda SM.(PA) Siti Syahriza Saiden selaku Anggota Sukarela Tugas Pejabat (ASTP) Kulim.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.