21 Disember 2023, 19:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tanjung Malim – Mana-mana negara yang mengangkat tamadun bangsa disifatkan sebagai mengangkat tamadun ilmu. Oleh itu, usaha untuk mengangkat taraf hidup dan budaya sudah tentunya harus berdasarkan ilmu terlebih dahulu.

Hal ini dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Ucapan Perasmian Anugerah Buku Negara 2023 (ABN), di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Ucapan Perasmian bersempena dengan Anugerah Buku Negara 2023 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, UPSi.

Tambah YAB Perdana Menteri, generasi kini senang “terpukau” dengan media sosial, namun beliau berpendapat bahawa hal ini tiada salahnya kerana sudah menjadi tuntutan zaman. Walau bagaimanapun, perkara ini tetap ada kelemahannya kerana terdapat perkara yang didapati boleh merosakkan idea yang kompleks, bangsa, budaya dan idealisme budaya hanya dengan kupasan beberapa minit dalam media sosial. Hal tersebut berbahaya kerana berlaku tanpa dasar ilmu yang jelas. Ujar beliau,

Kalau kita mahu negara kita diangkat sebagai negara hebat, harus ada minat dalam pengisian ilmu yang mendalam, bukannya dengan cetusan idea dalam tempoh beberapa minit di laman media sosial.

Ilmu tidak boleh terpisah dalam kehidupan.

Oleh itu, tambah YAB Perdana Menteri, generasi muda harus bangkit menguasai ilmu dan mengelakkan diri daripada terjebak dengan pemikiran kolot dan jumud.

Ujar beliau, pemikir-pemikir bangsa seperti Raja Ali Haji dan pendeta Za’aba yang dianggap sebagai pemikir terulung dan pencabar pemikir jumud ada menulis serta mengupas beberapa isu kritikal yang berkaitan dengan kemiskinan masyarakat yang merangkumi kemiskin harta, bangsa dan nilai.

Bangkitlah anak muda, bangkit untuk menentang pemikiran kolot dan menyesatkan.

Ucap YAB Perdana Menteri sekali gus mencabar ribuan generasi muda yang hadir memeriahkan ABN 2023 supaya menentang pemikiran jumud yang dicetuskan oleh pihak tertentu.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.