Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangSungai Petani – Sebanyak 200 orang kakitangan awam dari Bahagian Sumber Manusia di negeri Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang hari ini menyertai Seminar HR Engagement 2024 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Utara Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah.
Peserta mengikuti ceramah bertajuk, Pembangunan Latihan: Satu Keperluan atau Sekadar Hari Berkursus.
Mantan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), YBhg. Datuk Dr. Ruziata Mior Ahamad Ariffin dalam ceramahnya berkata, terdapat perbezaan antara orang yang berilmu dengan orang tidak berilmu.
Jika berilmu, pelbagai perkara dapat dilakukan dengan cara yang baik, termasuklah semasa berfikir, bercakap, beremosi dan bertindak.
Sementara itu, YBhg. Datuk Dr. Rosslina Ahmad Mokhtar selaku Mantan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) di JPA pula yang turut menyampaikan ceramah pada seminar itu berkata, bacaan ikrar sebelum mula bertugas perlu dihayati sepenuhnya.
Setelah ada idea baharu, kakitangan di Bahagian Sumber Manusia juga mampu melakukan perkara-perkara yang terbaik.
Beliau menyifatkan langkah INTAN Wilayah Utara menganjurkan seminar tersebut boleh membawa pelbagai perubahan kepada kakitangan di jabatan masing-masing.
Pegawai Perunding Kanan INTAN Wilayah Utara, Encik Muhammad Fahmi Mahmud mengulas lanjut tentang program, setelah program dilaksanakan, peserta berupaya menjalankan tugas masing-masing dengan lebih baik dan berkesan.
Walau bagaimanapun, seorang kakitangan dari Kolej Komuniti Sik (KKS), Fazilah Isa memaklumkan bahawa maklumat yang diberi oleh dua penceramah itu, boleh dijadikan panduan baharu bagi memperbaik bidang kerjaya masing-masing.