16 Januari 2024, 09:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Johan Pertandingan Debat Kepenggunaan 2024.

Cyberjaya – Pasukan pendebat Universiti Teknologi MARA (UiTM) muncul juara Pertandingan Debat Kepenggunaan 2024 pada pusingan akhir yang berlangsung di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), semalam.

Pada pertandingan akhir yang membincangkan usul, “Dewan ini akan menghapuskan pemberian subsidi barang kawalan terhadap warga asing,” pasukan debat UiTM berada di posisi pembangkang penutup, manakala naib johan disandang oleh pasukan pendebat Universiti Malaya yang berada di posisi kerajaan pembuka.

Pertandingan Akhir dan Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali.

Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), YB Datuk Armizan Mohd. Ali dalam ucapan perasmiannya berkata,

Pendedahan dan pengalaman yang diperoleh dalam sesuatu pertandingan debat atau pidato ini berupaya untuk memberikan nilai tambah jangka panjang dalam pembangunan kerjaya individu.

Turut hadir ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MMU, Prof. Dato’ Dr. Muzliham Mohd. Su’ud, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Hazami Jahari dan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP, Tuan Haji Mohd. Salahuddin Dato’ Paduka Mohamed.

Pertandingan ini mendapat penyertaan sebanyak 42 pasukan dari 22 buah institusi pendidikan tinggi di seluruh Malaysia yang berkonsepkan debat ala Parlimen British, bertemakan “Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup”.

Debat Kepenggunaan ini dianjurkan oleh KPDN dengan kerjasama Universiti Multimedia, Majlis Debat Universiti Malaysia, DBP serta rakan penyiaran Astro Awani dan Youth Xtion Movement.

Pelibatan DBP dalam penganjuran ini sungguh bermakna demi kelangsungan para pelajar khususnya pewaris pemimpin masa hadapan yang berhujah menggunakan bahasa Melayu dengan tepat dan betul.

Jurufoto: Khairul Azhar Baharuddin

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.