27 Januari 2024, 09:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini menyatakan keprihatinan terhadap beberapa aduan yang diterima mengenai penyaluran peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini diberikan kepada murid Tahun 1 hingga murid Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dalam kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000 dan ke bawah.

Pihak sekolah diarahkan untuk mematuhi semua garis panduan penyaluran BAP kepada murid dan pelaksanaan BAP yang bernilai RM150 bagi setiap murid perlu diberikan tanpa melakukan sebarang bentuk pemotongan bayaran lain.

Menerusi kenyataan media yang sama, KPM menjelaskan bahawa BAP dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Penyaluran peruntukan BAP ini akan dilakukan melalui pihak sekolah secara kredit ke akaun murid atau pembayaran secara tunai.

Pertanyaan dan aduan mengenai penyaluran BAP boleh dibuat menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KPM:

https://moe.spab.gov.my/eApps/system/index.do

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.